Pages

Sunday 14 October 2018

TIAN CHUA CALON NAIB PRESIDEN PKR 2018



Mantan YB Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Ahli Parlimen kawasan Batu di Kuala Lumpur, Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat(PKR). Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Penerangan PKR. Beliau pernah menjadi salah satu daripada Naib Pengerusi PKR.

Tian Chua memperolehi ijazah dalam falsafah dari Australia dan sarjana dalam kajian pekerjaan dan buruh dari Belanda. Tian Chua lahir di Melaka pada 21 Disember 1963, beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Bapanya, Chua Neo Lai, 71, seorang berketurunan Cina Hakka dan merupakan seorang peniaga beras. Mendiang ibunya, Chan Yuet Chien, merupakan seorang guru sekolah Cina. Chua telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Siang Lin dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Tinggi Katolik. Kemudian, beliau menyambung pembelajarannya di dalam Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang.

Pada tahun 1982, Tian menyambung pembelajaran tingginya di Australia. Pada mulanya beliau menjadi pelajar Matrikulasi di South Sydney High School. Selepas melengkapkan HSC, beliau telah mendapat kemasukan belajarnya di Sains Pertanian di Sydney University. Akan tetapi pada tahun ketiga, beliau bertukar bidang pembelajaran ke Falsafah di University of New South Wales. Australia pada 1980-an di mana ia menjadi tumpuan pelajar-pelajar aktivis. “Bapa saya mengharapkan agar saya belajar undang-undang untuk masa depan yang lebih terjamin, tetapi saya menjadi terdedah kepada pergerakan-pergerakan keamanan, isu-isu alam sekitar, dan hak asasi manusia di seluruh dunia.”

Reformasi 1998

Chua Tian Chang mula menjadi tumpuan ramai pada tahun 1999 semasa gambar-gambar menunjukkan beliau duduk di depan sebuah lori meriam air polis diterbit dalam media dunia semasa pergerakan Reformasi di Malaysia yang disebabkan oleh perlucutan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Antara 27 dan 30 September 1999, Tian Chua dan enam aktivis yang lain, termasuk pemimpin Keadilan, Ketua Belia Mohd Ezam Mohd Nor, Mohd Azmin Ali, dan Dr Badrul Amin Baharun ditangkap dan akibat itu, dilarang bertanding dalam pilihan raya 1999. Penangkapan lanjut dilakukan pada 10 April 2001 dan mereka yang ditangkap kemudian dituduh dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka kemudian dikenali sebagai Reformasi 10.

DITAHAN ISA(Akta Keselamatan Dalam Negeri)
Chua Tian Chang pernah ditahan selama 2 tahun di bawah ISA dan juga beberapa kali ditahan ke dalam lokap polis atas pelbagai alasan sejak tahun 1996.

Beliau mengusahakan pusat perkhidmatan Parti Keadilan Rakyat di pusat Sentul sejak pembukaannya pada tahun 2004.

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Chua Tian Chang memenangi kawasan Parlimen Batu di Kuala Lumpur dengan menewaskan calon Parti Gerakan Barisan Nasional, Lim Si Pin, dengan majoriti sebanyak 9,455 undi. Tian Chua mendapat 29785 undi sementara Lim Si Pin mendapat 20330 undi .Lim Si Pin merupakan anak Tun Dr Lim Keng Yaik , mantan Presiden Gerakan.

Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke.13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013, Tian Chua sekali lagi mengekalkan kemenangannya di Parlimen Batu dengan majoriti 13,284 undi menewaskan 4 orang pencabar beliau iaitu Atan Bin Jasin (Bebas - 164 undi), Hashim Bin Abdul Karim (Berjasa - 949 undi), Dominic Lau Hoe Chai (Barisan Nasional - 28,388 undi) dan Nazariah Binti Abbas (Bebas - 209 undi). Dengan kemenangan tersebut telah menjadikan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu bagi penggal kedua berturut - turut. Beliau bersama - sama kesemua ahli parlimen seluruh Malaysia telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi penggal baru pada 24 Jun 2013.

#PemilihanKeadilan
#PemilihanPKR2018



Friday 2 March 2018

High Court rules Tian Chua can run in GE14

SHAH ALAM,. Batu MP Tian Chua (pic) has been cleared to run in the 14th General Election following a decision by the High Court here to reduce his fine from RM3,000 to RM2,000.
Under Article 48 of the Federal Constitution, an elected representative is disqualified if he is sentenced to more than 12 months’ jail or fined more than RM2,000.

Judicial Commissioner Ab Karim Ab Rahman allowed the appeal filed by Tian Chua, saying that the offence under Section 509 of the Penal Code did not involve bodily harm.
“It does have some element of public security but it was not premeditated. I find the RM3,000 fine imposed was excessive,” he said when dismissing the prosecution’s cross-appeal to increase the sentence here Friday (March 2).

He however dismissed Tian Chua’s appeal against the conviction itself.
DPP Nurulhuda Nur’Aini Mohd Nor appeared for the prosecution while N. Surendran, Eric Paulsen and Latheefa Koya appeared for Tian Chua.

Tian Chua – whose real name is Chua Tian Chang – was originally fined RM3000 or three months jail in default by a Sessions Court for insulting the modesty of a policeman with vulgar words.

Tian Chua claimed trial on Aug 12, 2014 to insulting the modesty of Deputy Supt Glenn A. Sinappah at the main entrance of a hotel at 7.45pm on April 14, 2014.
The charge under Section 509 of the Penal Code carries a maximum jail term of five years, a fine or both upon conviction.

Last year, a Petaling Jaya Sessions Court fined Tian Chua RM3,000 in default three months’ jail, after finding him guilty of the offence.