Pages

Tuesday 12 March 2013

YB Tian Chua: Surat Tuntutan Kepada Pengurus Portal

Kenyataan Media

Hari ini saya telah menghantar satu lagi Surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata " KOMANDO MATI KATAK".

Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari.

Disamping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni, Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi.

Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal.


Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

3 comments:

  1. Pathetic... no comment at all for your postings. Thats how 'popular' you now is.

    ReplyDelete
  2. Jangan nak melenting bila difitnah, hidup ni macam roda YB oii.. Kalau nak saman, saman ja semua orang. Jangan lupa saman Keadilan Daily sekali :)

    ReplyDelete
  3. nope dia x pathetic,If I were him, saya akan cari sampi lubang cacing. pandai sgt fitnah org. buat cerita x betul. Tian Chua ada hak nak pertahankan diri dia.

    ReplyDelete