Pages

Friday 3 May 2013

SPR jangan sekat pengundi balik mengundi – Tian Chua


POSTED ON 

tian-chua-3Pengundi Malaysia di luar negara berhasrat balik untuk mengundi adalah perkara yang patut digalakkan, syarikat penerbangan Malaysia pun melancarkan pakej istimewa untuk menggalakkan mereka pulang ke tanah air untuk mengundi mulai hari ini.
Sebaliknya, Suruhan Pilihan Raya (SPR) pula menghadkan cara pengundi balik mengundi, malah memberi “amaran” agar kerajaan Singapura jangan campur tangan dalam perihal kerajaan Malaysia.
SPR memikul tanggungjawab berat, sepatutnya menggalakkan seluruh pengundi berdaftar balik mengundi, menjayakan pilihan raya yang berdemokrasi.
Namun, SPR memberi had kepada pengundi yang berada di luar negara, tidak benarkan kereta luar negara membawa pengundi balik mengundi. Adakah SPR bercadang melarang semua pesawat membawa pengundi balik Malaysia?
Menurut laporan Sin Chew Daily , Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar minta Kementerian Luar Negeri menyiasat kereta Singapura yang membawa pengundi balik mengundi pada hari undi.
Beliau juga meminta pihak Singapura memberi perhatian terhadap perkara ini, agar kerajaan Singapura menghormati Malaysia, untuk mengelakkan berlakunya persoalan orang luar campur tangan perihal dalam kerajaan.
Surat khabar Cina Singapura turut melaporkan berita ini. Kenyataan SPR tidak masuk akal, kereta Singapura membawa pengundi balik tidak ada kena-mengena dengan hubungan antara negara, Kementerian Luar Negeri tidak perlu buat apa-apa siasatan.
Pada masa ini, SPR seharusnya memastikan PRU-13 berjalan lancar, memastikan ia demokrasi, bersih, adil dan saksama.
Persoalan tentang orang luar campur tangan perihal dalam negeri atau tidak, bukan masalah SPR.
SPR patut beri perhatian terhadap isu pendatang luar jadi pengundi di Sabah, atau pun pengundi hantu. Bagaimana pengundi balik mengundi, itu adalah kebebasan peribadi rakyat.
TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN KEADILAN
     

No comments:

Post a Comment