Pages

Friday 3 May 2013

Zahid Hamidi Enggan Ambil Tindakan Serta – merta


POSTED ON 

Bahasa Melayu/Bahasa Cina
**Bahasa Melayu
27 April 2013
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tian Chua berkata, tindakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang, yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, tapi membuat keputusan menyerahkan maklumat tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), telah mempolitikkan insiden yang membabitkan keselamatan negara ini.
Pencerobohan militan Sulu di tanahair kita adalah perkara yang amat serius, jika apa yang dinyatakan oleh Ahmad Zahid adalah benar, tidak perlu tunggu sampai tempoh pilihan raya baru beritahu, malahan menegaskan akan ambil tindakan selepas PRU13. Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi sahaja, mempolitikkan isu tersebut.
Ahmad Zahid membuat kenyataan di atas melalui Bernama pada 26 April 2013. Beliau tidak mengumumkan nama pemimpin pembangkang yang dikatakan menjadi dalang insiden itu, beliau hanya menegaskan tidak mahu dianggap sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas PRU13 nanti.
Sebelum ini, Media akhbar The Star pada 25 April 2013 melaporkan Zahid Hamidi menyatakan 35 orang militan Sulu telah ditembak mati oleh tentera laut negara Filipina pada hari Rabu kerana enggan mematah balik ke negara Filipina. Beliau turut menyatakan bahawa mereka cuba untuk memasuki negeri Sabah untuk menimbulkan masalah sewaktu PRU13 ini.
Walhal, menurut pihak tentera Filipina, dakwaan oleh Menteri Pertahanan Malaysia itu tidak benar sama sekali. Menurut pihak tentera Filipina, mereka tidak menerima sebarang laporan yang mengesahkan dakwaan beliau.
Tian Chua mengecam tindakan Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan palsu mencerminkan beliau dan pentadbiran Najib telah mempolitikkan pencerobohan di Lahad Datu yang berlaku pada bulan Februari. Pencerobohan tersebut telah mengakibatkan kematian enam orang pasukan keselamatan dan 62 kematian di pihak militan Sulu tersebut.
Tian Chua adalah calon KEADILAN kerusi parlimen Batu. Beliau membidas Zahid Hamidi memperkecil-kecilkan jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan semata-mata kerana mahu menimbulkan perasaan dan suasana takut ketika Malaysia sedang menuju ke PRU13.
Tian Chua menggesa Zahid Hamidi tampil ke hadapan dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan yang jelasnya berbau politik kotor untuk menakutkan rakyat.
Beliau secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 ini. Kenyataan beliau merupakan sebuah kenyataan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya. Beliau memalukan nama negara di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam hubungan Malaysia dan Filipina kerana menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang Menteri Pertahanan yang tidak profesional dan tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang Menteri Pertahanan.
Tian Chua berpendapat Zahid Hamidi telah mengambil peluang ini untuk menjejaskan keselamatan negara kerana terlalu taksub hendak mencapai objektif politik menjelang PRU13 ini. Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mengambil tindakan ke atas Zahid Hamidi, maka di situ kelihatan nyata Najib juga memandang ringan akan soal keselamatan negara. Ini adalah kerana di akhir hari, tindakan seperti ini menjejaskan keselamatan rakyat dan Zahid Hamidi baru sahaja membahayakan keselamatan sempadan negara.
**Bahasa Cina
2013年4月27日
阿末扎希不及时对付主谋
企图政治化沙巴拿笃入侵事件?
人民公正党全国副主席蔡添强指出,国防部长拿督斯里阿末扎希声称,已鉴定3名在野党领袖为苏禄武装分子入侵沙巴拿笃事件的幕后主谋,却选择等待大选后才提呈总检察署采取进一步行动,已经政治化这件关乎国家安全的事件。
“苏禄武装分子入侵国土,事关重大,若真有此事,不必等到竞选期才提出,然后又说是为了避嫌而选择大选后对付。阿末扎希种种的自圆其说,很明显是在玩弄政治。”
阿末扎希于4月26日通过《马新社》发出以上讯息。他没有揭露上述在野党领袖的名字,只表示不希望被视为在玩弄政治,因此会在第13届大选过后才采取行动。
4月25日,《星报》报导阿末扎希声称有35名苏禄恐怖分子企图入侵沙巴,在第13届大选期间制造问题而遭菲律宾海军于周三击毙。不过,根据菲律宾海军消息,国防部长的指控不正确,因为他们不曾接获任何相关的报告。
蔡添强谴责阿末扎希发出虚假讯息,反映他与纳吉领导层已经政治化发生在2月的拿笃入侵事件。此入侵事件已导致6名保安部队人员殉职,以及62名苏禄军份子死亡。
蔡添强也是直辖区峇都区国会议席候选人。他指阿末扎希的言论只是一味为即将来临的大选制造害怕气氛及情绪,完全漠视保安部队人员的功劳及牺牲。
蔡添强促阿末扎希针对发表明显含有为了恐吓人民的肮脏政治言论,站出来向全体国人道歉。
“他玩弄国家治安课题捞取选票。他这种不负责任及不称职的国防部长,已经让国家名声扫地,尤其是马来西亚与菲律宾之间的关系。”
蔡添强认为,阿末扎希不择手段为了在全国大选达到政治目的,趁机破坏了国家安全。如果首相拿督斯里纳吉没有对阿末扎希采取行动,也就是说,纳吉也同样轻视国家安全问题。这是因为纳吉的行动就如破坏国家安全,阿末扎希则是危及国家边境保安。

     
 

No comments:

Post a Comment