Pages

Friday 3 May 2013

Tian Chua yakin isu Lahad Datu tak jejas sokongan


POSTED ON 

KUALA LUMPUR: Calon PKR bagi Parlimen Batu Tian Chua (gambar) berkata, beliau yakin isu Lahad Datu yang pernah dijadikan senjata Umno BN menyerang beliau, tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di parlimen itu terhadapnya.
Bercakap kepada Harakahdaily, naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat kini sudah pandai menilai dan tidak lagi percaya bulat-bulat kepada maklumat yang disebarkan sebelah pihak termasuk fitnah terhadapnya sebelum ini.
“Semua itu tohmahan yang tidak berasas sama sekali. Ianya taktik alih perhatian rakyat dari isu pemberian IC kepada warga asing, lalu dituduh kononnya saya hina pasukan keselamatan..
“Sepanjang karier politik saya, saya tak pernah mengambil sikap bermusuh dengan pasukan keselamatan, malah saya antara yang memperjuangkan hak mereka di parlimen,” katanya.
Bagi parlimen Batu, Tian Chua akan berdepan empat lagi calon masing-masing dari BN, Berjasa dan dua bebas.
Calon BN adalah Dr Dominic Lau Hoe Chai, Berjasa pula diwakili Hashim Abdul Karim manakala bebas pula Nazariah Abbas dan Atan Jasin.
Mengulas lanjut, Tian yang juga aktivis reformasi berkata, mood rakyat sekarang ini hanya satu, iaitu mahu menumbangkan Umno BN dan beliau yakin serangan isu Lahad Datu tidak menjejaskan kempen beliau.
“Kawasan Batu ramai bekas polis dan tentera, dan saya yakin ianya tidak jadi isu.
“Saya yakin pengundi boleh menilai prestasi lima tahun saya berkhidmat di sini,” katanya lagi.
Mengulas isu pertandingan lima penjuru, beliau berkata saingan hanya di antara Pakatan dengan BN.
“Hanya dua pilihan ini yang boleh menentukan hala tuju negara.
“Kalau rakyat setuju dengan pemerintahan rasuah, ketirisan dan penyelewengan, mereka akan undi BN,” katanya.
- Harakah Daily -

No comments:

Post a Comment