Pages

Friday 3 May 2013

Tian tak gentar Batu 5 penjuru


Pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi P115 Batu menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah 56 tahun Malaysia menghadapi pertandingan lima penjuru antara KEADILAN, BN, Berjasa dan dua calon Bebas.
Penyandang kerusi Batu yang juga Naib Presiden KEADILAN Tian Chua bagaimanapun tidak gentar menghadapi persaingan sengit tersebut. Katanya, rakyat sedia maklum pihak mana yang mampu membawa perubahan dan memberi khidmat kepada rakyat Malaysia.
“Hanya ada dua pilihan yang realistik. Satu sokong perubahan. Sesiapa yang mahukan reformasi dalam politik dan ekonomi negara mereka akan memihak kepada Pakatan. Sekiranya pengundi lihat keadaan cukup baik dan tak perlu diubah mereka akan sokong BN.
“Saya tetap yakin penyokong saya memberi sokongan padu dan akan memilih saya sekali lagi mandat untuk untuk menjadi wakil rakyat
“Calon bebas hanya akan memberi cabaran kepada BN untuk kekalkan sokongan kepada mereka dan menyebabkan perpecahan,” katanya.
Sebelum itu, suasana penamaan calon meriah dengan penyokong KEADILAN sejumlah 1,000 orang berarak sejauh dua kilometer dari stesen minyak BHP, jalan Kuching ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Tian ditentang oleh Dr Dominic Lau (BN), Brig. Jeneral Datuk Hashim karim (Berjasa), Atan Jasin (Bebas) dan Nazariah Abbas (Bebas).
Pada PRU 2008 Tian menang majoriti 9,455 undi ke atas calon Gerakan (BN) Lim Si Pin.
     

No comments:

Post a Comment